SYARAT KELAYAKKAN BELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN
Bukan Aliran Sains Tulen Juga Boleh Memohon!
Meskipun kejururawatan adalah bidang yang berkait rapat dengan sains kesihatan, Diploma Kejururawatan di Assunta College of Nursing (Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock) TIDAK memerlukan anda datang dari Aliran Sains Tulen semasa di peringkat SPM.
Syarat kemasukan direka untuk membolehkan pelajar dari pelbagai latar belakang memohon, asalkan mereka memenuhi syarat asas dalam mata pelajaran penting.
Untuk memohon program Diploma Kejururawatan di Assunta College of Nursing, calon perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan, terutamanya berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan International General Certificate of Secondary Education (IGSCE):
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 25 tahun.
- Mencapai 5 Kredit (minima C dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains (sama ada Sains Teras / Sains Tulen)
- Satu (1) mata pelajaran lain
Jika anda merupakan pelajar Aliran Sastera, Perakaunan, atau Teknikal yang mengambil mata pelajaran Sains Teras dan memenuhi syarat kepujian yang lain, anda masih mempunyai peluang cerah untuk menjadi Jururawat profesional melalui Assunta College of Nursing!
