Diploma Kejururawatan Tanpa Beban Kewangan

Kolej Kejururawatan Assunta

Diploma Kejururawatan, Lengkap Dengan Biasiswa, Elaun Bulanan & Jaminan Pekerjaan

Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock (atau Kolej Kejururawatan Assunta) membuka peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejururawatan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1961, kolej ini dikenali sebagai institusi kejururawatan yang melahirkan jururawat profesional, beretika dan berdaya saing.

Apa yang menjadikan Kolej Kejururawatan Assunta berbeza daripada kolej lain adalah sokongan penuh kepada pelajar melalui biasiswa, elaun bulanan, fasiliti yang lengkap dan jaminan pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian.

 

Biasiswa/Tajaan Penuh

Ramai pelajar menghadapi cabaran untuk menanggung kos pengajian. Sungguhpun begitu, anda boleh menikmati biasiswa penuh untuk kursus Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Assunta. Pelajar tidak perlu risau tentang yuran pengajian dan boleh fokus belajar untuk mencapai keputusan cemerlang!

 

Elaun Bulanan

Selain biasiswa, setiap pelajar juga akan menerima elaun setinggi RM 1,300 sebulan. Dengan adanya elaun ini, ibu bapa tidak perlu lagi risau tentang wang saku anak-anak mereka sepanjang tempoh pengajian. Elaun ini berupaya membantu meringankan kos sara hidup harian serta memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan stabil.

 

Jaminan Pekerjaan di Hospital Assunta

Salah satu kelebihan utama jika mengikuti kursus Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Assunta ialah pelajar akan dapat jaminan pekerjaan sebagai jururawat di Hospital Assunta selepas tamat pengajian. Kelebihan ini dapat memberi jaminan masa depan kerjaya kepada pelajar tanpa perlu bersaing secara terbuka selepas tamat pengajian. Dengan peluang pekerjaan ini, pelajar boleh terus mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan membina kerjaya sebagai jururawat profesional.

 

Dengan biasiswa penuh, elaun bulanan, kemudahan asrama dan jaminan pekerjaan sebagai jururawat di Hospital Assunta selepas tamat pengajian, Kolej Kejururawatan komited menyediakan laluan lengkap dari pendidikan hingga alam pekerjaan. Rebutlah peluang keemasan ini dan jadilah sebahagian daripada generasi jururawat berdedikasi yang bakal mencorakkan masa depan penjagaan kesihatan di Malaysia.

Tags:
Articles

Share this: