6 Sebab Anda Patut Pertimbangkan Kerjaya Dalam Bidang Kejururawatan

KENAPA KERJAYA JURURAWAT SENTIASA DIPERLUKAN?

6 Sebab Anda Patut Pertimbangkan Kerjaya Dalam Bidang Kejururawatan

Bidang kejururawatan adalah satu kerjaya yang tidak pernah lapuk dek zaman. Jururawat sentiasa menjadi tulang belakang dalam sistem kesihatan sama ada di hospital kerajaan atau swasta, di dalam atau luar negara. Lebih daripada sekadar merawat pesakit, jururawat juga berperanan memberikan sokongan emosi, meningkatkan keyakinan pesakit dan serta memastikan kualiti penjagaan kesihatan berada pada tahap terbaik.

Kerjaya ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan yang luas, malah menjanjikan kepuasan jiwa kerana anda berpeluang untuk benar-benar memberi impak positif yang mendalam terhadap kehidupan orang lain. Jika anda seorang yang penyayang, penyabar, sukakan cabaran dan ingin berkhidmat untuk masyarakat, bidang kejururawatan adalah pilihan tepat.

Berikut adalah 6 sebab kenapa anda patut mempertimbangkan untuk menjadi jururawat.

1.    Permintaan Tinggi

Kesihatan ialah keperluan asas manusia. Hospital dan klinik tetap perlukan jururawat, tidak kira di bandar atau kampung. Ini bermakna kerja jururawat tidak akan “hilang” walaupun zaman berubah.

2.    Banyak Pilihan Tempat Kerja

Jururawat boleh bekerja di banyak tempat, seperti:

  • Klinik kerajaan & swasta
  • Hospital pakar (contohnya pediatrik, ICU, onkologi)
  • Pusat komuniti kesihatan
  • Luar negara

Pilihan ini beri jururawat fleksibiliti untuk pilih bidang yang mereka minat.

3.    Kerjaya yang Stabil

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, bidang kesihatan tetap menjadi keperluan utama masyarakat. Jururawat merupakan profesion yang sentiasa diperlukan, menjadikan kerjaya ini stabil dengan peluang pekerjaan yang berterusan.

4.    Peluang Ke Luar Negara

Graduan jururawat dari Malaysia, termasuk dari Kolej Kejururawatan Assunta, sering mendapat tawaran pekerjaan di luar negara seperti Singapura, Timur Tengah, United Kingdom dan Australia. Ini membuka peluang kepada pelajar untuk pengalaman antarabangsa dan gaji yang lebih baik.

5.    Membantu Orang Lain Secara Langsung

Kerjaya ini bukan sahaja tentang ubat dan rawatan, tetapi juga memberi sokongan emosi untuk pesakit. Jururawat menjadi sumber kekuatan kepada pesakit dan keluarga mereka dalam masa yang sukar.

 
6.    Laluan Kerjaya Yang Fleksibel

Kerjaya jururawat tidak terhenti selepas tamat diploma sahaja. Jururawat mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berkembang menjadi jururawat pakar, pensyarah atau pengurus dalam bidang kesihatan. Dengan pelbagai laluan yang tersedia, anda boleh membina kerjaya mengikut minat dan aspirasi anda.

Kenapa Pilih Kolej Kejururawatan Assunta?

  • Kolej berpengalaman lebih 60 tahun dalam melatih jururawat.
  • Hubungan rapat dengan Hospital Assunta dan rangkaian hospital lain.
  • Alumni bekerja di hospital dalam dan luar negara.
  • Latihan lengkap: teori, praktikal beserta nilai kemanusiaan.

👉 Berminat untuk jadi jururawat? Sertai perjalanan ini bersama Kolej Kejururawatan Assunta dan mulakan langkah pertama anda ke dunia kejururawatan.

Tags:
Articles

Share this: